Monday, January 25, 2010

PENGENALAN

ira1

ANDIRA IRWANA (M) SDN BHD telah didaftarkan pada 25hb. Februari 2003 dengan no. pendaftaran 607297-V. Nama pendaftaran asal adalah ANDIRA IRWANA ENTERPRISE dengan no. pendaftaran AS0230588-D yang didaftarkan pada 29hb. Julai 2002. Diasaskan oleh En. Anuar Bin Hj. Bakar dan Pn. Munira Bt Hj. Md. Yusop (AN D IRA) dengan modal berbayar sebanyak RM100,000.00. Sebuah syarikat 100% Bumiputera yang mengeluarkan dan memasarkan produk ubatan dan kosmetik tradisional (Ira Cosmetics), kini syarikat telah melangkah maju dengan mengeluarkan pakaian siap (Busana Andira) dan perkhidmatan pengantin (Andira Villa Pengantin).

Visi

Bermula dengan berniaga secara kecil-kecilan di pekan sehari serta pasar malam di sekitar kawasan utara bagi mendapatkan “testimonial” pengguna terhadap keberkesanan produk sehinggalah ia dianggap mampu bersaing dengan produk-produk lain yang telah popular di pasaran.
IRA HERBA TRADISIONAL – MULTI-CREAM ( dahulunya dikenali dengan UBAT PENGEMPIS PERUT ) adalah satu-satunya produk keluaran syarikat yang unik dan serbaguna yang diformulasasikan dari Khazanah Perubatan Islam ( Rahsia Keajaiban Alam ). Ia mudah digunakan dengan hanya SAPU sahaja tanpa perlu berdiet, senaman berat atau memakan ubat. Amat berkesan untuk membakar dan mencairkan lemak di bawah lapisan kulit, memecahkan ketulan angin serta membuang lebihan air. Ia boleh digunakan untuk mengatasi pelbagai masalah kesihatan lain.

Misi

“Ke alaf kesihatan dan kecantikan diri secara semulajadi – mencegah lebih baik dari mengubati” Harga produk yang mampu dimiliki oleh sesiapa sahaja yang mementingkan kesihatan dan keterampilan diri. Ingin melahirkan JUTAWAN ISLAM dengan mempelawa kepada individu dan syarikat Bumiputera yang berminat menjadi RAKANIAGA bagi memasarkan produk-produk keluaran syarikat. Sabda s.a.w. “Sesungguhnya 9/10 dari rezeki yang bertaburan di muka bumi ini adalah dengan berniaga”.

0 comments:


Blogger Templates by Isnaini Dot Com. Powered by Blogger and Supported by Ralepi.Com - BMW Motorcycle